Header Ads

Kini Anda Tidak Perlu Lagi Membazirkan Duit, Cubalah Tip Senang Ini Untuk Hilangkan Bintik Hitam Di Muka Dengan Berus Gigi, Hasilnya Memang AWESOME!



Bintik hitam selalunya boleh kelihatan di bahagian hidung, dahi dan dagu. Ia berpunca dari muka yang berminyak dan debu serta kekotoran yang melekat di bahagian tersebut. Kurang menitikberatkan penjagaan wajah akan menyebabkan lebih banyak bintik hitam dan bintik putih.

Ada segelintir individu yang gemar memicit keluar bintik hitam dan bintik putih. Biarpun cara ini dirasakan praktikal untuk menghilangkan bintik hitam namun ia sebenarnya menyebakan pori-pori bertambah besar dan membuatkan jerawat mudah tumbuh.

Adakah anda salah seorang yang mempunyai masalah bintik hitam pada muka? Jangan risau, ini ada jalan penyelesaian mudah yang anda boleh cuba buat di rumah. Dengan menggunakan berus gigi, masalah bintik hitam akan hilang dengan segera.



Bahan-bahan:

Sediakan 1 sudu teh ubat gigi
1 sudu teh serbuk penaik
Air suam secukupnya
Langkah-langkah penyediaan:

Cuci wajah sehingga bersih terlebih dahulu
Ambil tuala dan celup ke dalam air suam, kemudian usap tuala tersebut pada kawasan berbintik. Tujuan ini adalah untuk membuka liang pori serta mencegah bakteria dari tangan dan kuku masuk ke liang pori.
Sediakan satu bekas, campur ubat gigi, serbuk penaik dan air kedalam bekas tersebut. Kacau hingga rata.
Sapu campuran ubat gigi tadi di bahagian berbintik hitam, gosok dengan berus gigi selama beberapa minit.
Selepas gosok, korang biarkan 1-2 minit sebelum cuci muka korang dengan air suam.
Selamat mencuba!



Jika pori-pori nampak agak besar saiznya, anda boleh tekapkan ketulan ais untuk mengecilkan saiz pori. Pastikan anda menjaga kebersihan kulit wajah secara teratur. Gunakan produk pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit anda. Dan gunakan tuala yang kering dan bersih setiap kali selepas membasuh muka.

Apa yang penting adalah minum air suam secukupnya, kerana kekurangan air juga antara penyebab bintik hitam.

Sumber : Rencah Rasa

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.