Header Ads

Penggemar Setia Pakaian Bundle Ini Dedah Pengalaman Seramnya Diganggu Makhluk Halus Selepas Pakai Baju Yang Dibeli Di Kedai Bundle. Apa Kaitan Sebenarnya?



Setiap individu mempunyai hobi yang berbeza. Ada yang datang dari keluarga yang berada, namun masih mengekalkan sifat rendah diri. Sehinggakan baju yang dibeli pun adalah dari kedai bundle sahaja, sama dengan individu yang datang dari keluarga yang sederhana.

Bila bercakap tentang bundle, ada yang terlintas difikiran bahawa baju-baju yang dijual adalah baju terpakai yang sudah lusuh. Namun sebenarnya baju-baju bundle mempunyai koleksi yang begitu cantik, vintage, old-school dan sebagainya.

Anda juga boleh menggayakan fesyen daripada baju yang dibeli di bundle ini di mana-mana majlis. Murah pun murah. Bukan orang sederhana je yang beli tau, orang yang berada juga meminati koleksi bundle.

Namun, pernahkah anda dengar cerita tentang pembeli baju di bundle telah dihantui oleh mahkluk halus? Apa kaitannya dengan baju bundle?

Baca perkongsian seorang pengguna Twitter di bawah:



Sampai lah satu hari ni, dia beli baju bundle dkt satu tempat ni. Baju tshirt kalau aku tak silap. Warna putih baju tu. Tapi masa dia beli, dkt baju dia tu ada warna warna merah sikit sikit centu lah tapi Si BB ni mcm tak kisahlah benda boleh basuh.

Si BB balik lah. Balik tu dia basuh dulu baju bundle tu sebelum pakai. Lepas dh kering, Si BB tengok ,yang merah merah tu ada lagi. Tak hilang. So dia pun buat tak tahu jelah. Esoknya, dia pakai baju bundle tu pergi lepak dengan kawan-kawan dia.

Dalam perjalanan pulang dari lepak, si BB ternampak sesuatu yang mengganggu ketika masih memakai baju tersebut


Balik rumah dlm pukul 2 pagi mcm tu. Dalam perjalanan nak balik, Si BB kena kacau. Dia kata dia nampak sesuatu macam tu. Nak dipendekkan cerita, setiap kali dia pakai baju tu, mesti kena kacau. Mimpi macam-macam sampai demam bagai. Dia cakap nampak pocong dekat sudut bilik dia.

So, dia cerita dekat mak dia. Mak dia bawak pergi jumpa ustaz. Mak Si BB tu suruh bawak sekali baju bundle tu. Mereka dua beranak pergi jumpa ustaz dekat area rumah mereka je lah. Pergi berubat, ustaz tu ckp ada "benda" ikut Si BB.

Apa kaitannya baju bundle dengan 'benda' yang mengganggu si BB?

Haaaa. Ustaz tu suruh bawak balik baju tu dekat owner. Sampai je kedai bundle tu, ustaz tanya owner dari mana beli baju yg Si BB beli tu?

RUPANYA, baju Si BB beli tu adalah baju ORANG YANG MENINGGAL SEBAB KEMALANGAN!

Patutlah Si BB tu pernah cakap dekat aku yang dia mimpi ada orang mintak tolong pulangkan balik "barang" dia. Tapi Si BB ni tak tahu apa maksud mimpi itu.

Persoalannya lagi, dari mana owner bundle itu beli baju tersebut?

Rupa-rupanya..

Macam mana si owner tu boleh beli baju tu? Owner tu tak beli tapi masa accident tu, dia ada masa tu. Baju tu dia ambil then dia jual dekat kedai bundle dia. Jadinya, Si BB, ustaz dan juga owner bundle tu pergi balik dekat tempat accident tu buat benda apa yang patut.

Dah selesai semua, Si BB tu pun dah okey, dah tak kena kacau. Alhamdulillah. Based on apa yg aku cerita ni, nampak mcm tak seram lah tapi masa Si BB ni kena kacau, memang seram bagi aku.

Pengajarannya, sebelum beli apa-apa dari kedai bundle pastikan anda periksa dulu dari mana datangnya barang yang ingin dibeli. Tanya dengan owner kalau boleh.

Hati-hati semua!

No comments:

Powered by Blogger.