Header Ads

Sangat Praktikan Dan Sesuai Dicuba Oleh Orang Bujang Mahupun Suami Isteri, Mula RM1 Cukup Sebulan Dapat RM465! Nampak Macam Pelik Bukan? Bagaimana Caranya? Haaa... Tengok Ni..



Sebelum berakhirnya tahun 2018 ini, apa kata kita cuba menabung cara Tuan Hafizul.  Simpanan sebulan dianggarkan akan dapat sebanyak RM465, dalam masa 4 bulan terakhir ni korang akan dapat RM1860.  Macam mana nak buat? Jom kita baca perkongsian dibawah.

Tips simpan duit cara ekstrim! Okay ini caranya:
1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.

2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.



3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.

Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb.

Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.

3hb suami masukkan RM3, 4hb isteri masukkan RM4, 5hb masukkan suami RM5 dan seterusnya.


Begitu, mudah je kan.

Senang cerita, masukkan duit dalam balang kosong dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut.

Dan setiap hujung bulan. Ini hasilnya!

1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30 = RM465.00

Best kan! Seronok menyimpan macam ni!

Total jumlah 12 bulan: RM465 x 12 bulan



Lebih kurang RM5,580. Apa dapat dibuat dengan duit banyak ni?

– kumpul modal deposit rumah
– kumpul modal kahwin (bagi yang single lagi)
– dana kecemasan keluarga
– dana pendidikan anak-anak
– dana umrah/haji
– spend 30% untuk bercuti, lebih simpan.

Posting ini lebih afdal tag pasangan, daripada marah-marah pasal Husna. Hihi

Hafizul Hakim
Sebarkan kebaikan!

Lebih banyak tips kewangan dan simpanan emas Public Gold di sini:https://t.me/MrHafizulHakim

No comments:

Powered by Blogger.