Header Ads

“Saya sudah tunaikan impian dan janji saya pada awak, sayalah orang terakhir bagi awak…” – Janji arwah sebelum terlibat kemalangan jalanraya



Tidak cukup dengan kisah yang menyayatkan hati itu, hari ini netizen telah digemparkan pula dengan berita kematian seorang lelaki yang dikenali sebagai, Ahmad Firdaus Hilman Mohamad setelah beliau menjadi korban di dalam sebuah nahas jalan raya sebelum sempat beliau mendirikan rumah tangga bersama dengan gadis pilihannya.

Kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh arwah Firdaus telah masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan pacuan empat roda jenis Ford Ranger sehingga mengakibatkan arwah tersepit dalam kenderaanya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.




Meskipun percintaan arwah dengan kekasihnya tidaklah berakhir di jinjang pelamin, tetapi arwah pernah berjanji pada gadis pilihannya ketika hayatnya yang mengatakan kekasihnya itu merupakan insan terakhir yang dicintainya sebelum terlibat di dalam kemalangan jalanraya itu.

4 tahun yang sangat bermakna…
Lantaran itu, disebabkan perasaan rindu yang teramat terhadap arwah, Farzana telah meluahkan perasaannya di twitter yang menceritakan serba sedikit tentang pasangan hidupnya yang sentiasa membantu rakannya ketika berada dalam kesusahan.



Saya tak bersedia mak…
Apa yang menyentuh perasaan pembaca media sosial, gadis tersebut mengatakan dia tidak dapat menerima apa yang dialaminya tetapi dia berusaha untuk menerima takdir yang telah diputuskan buat dirinya.



Rasa macam mimpi…
Malah gadis tersebut telah berkongsi serba sedikit kenangan dia bersama arwah ketika melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di UMP.

Tidak cukup dengan itu, dia turut berkongsi pengorbanan yang arwah pernah lakukan di mana arwah sanggup berbasikal ke kedai kerana tiada pengangkutan untuk membeli makanan di tempat lain



Dia banyak bagi aku semangat…



Sumber : @NurfazanaRosli via ohmymedia

No comments:

Powered by Blogger.