Header Ads

“Dia hanya pakai jenama Uniqlo masa first date, sungguh menjijikkan…” – Gadis Ni ‘Reject’ Lelaki Sebab Pakai Jenama ‘Murahan’



Selalunya masa first date dengan seseorang tu, apa yang korang perhatikan? Rupa paras ke, personaliti dia ke atau sama ada dia gentleman ke?

Seorang gadis baru-baru ni ada kongsi pasal pengalaman tidak menyeronokkan dia lalui masa first date dengan seorang lelaki dekat sebuah kafe. Menurut Japan Today, gadis ni confess tentang apa yang dia tak suka dengan lelaki tu dekat satu websitedipanggil Girls Channel, forum yang agak femes dekat Jepun.



Katanya, dia kongsi pengalaman tu untuk minta pendapat ramai gadis lain yang guna website tu. Topik yang dia buka dekat forum tu, ‘OK ke kalau pakai jenama fesyen murah sewaktu temujanji pertama, atau tidak?’.

“Semalam saya ada temujanji dengan seorang lelaki. Bila kami masuk ke kafe, saya duduk di sofa dan dia duduk atas kerusi biasa bertentangan dengan saya. Dia buka coat dan overshirt, saya offeruntuk gantungkan dekat cangkuk di dinding.

“Bila saya periksa tag, saya nampak coat dia jenama H&M dan overshirt tu pula dari Uniqlo! Saya agak kecewa sebab dia pakai fesyen yang kasual macam itu, walaupun ianya adalah temujanji pertama kami. Saya juga tak dapat nak teka berapa harga kasut yang dia pakai tapi nampak macam kasut kulit yang murah.”



Amboi demand kemain cik akak ni ye….

Gadis tu kata lagi, pada mulanya dia dah rasa happy sebab lelaki tu bagi dia duduk dekat sofa tapi…

“Apa perasan korang bila pergi first date dengan seseorang yang mengenakan pakaian daripada jenama murahan? Tak bagus kan?”



Ramai pengguna lain dekat forum tu kecam dan hentam dia balik sebab ‘taste’ dia pada lelaki bergantung pada jenama yang dipakai. Kata mereka, dia tak layak untuk nilai cara pemakaian atau jenama apa yang menjadi kegemaran atau pilihan seseorang. Betul tu! Asal kemas sudah lah!

“Siapa kamu untuk menilai sebenarnya?”

“Saya tak suka dengan orang yang hanya peduli dengan jenama popular.”

“Kalau pakaian tu sesuai dengan mereka, saya tak kisah langsung.”

“Saya tak suka dengan orang yang periksa jenama pakaian sampai tahap macam tu sekali.”

Kalau korang nak tahu, orang Jepun anggap jenama Uniqlo dengan H&M tu ibarat Pusat Pakaian Hari-Hari je. Uniqlo tu kira macam jenama murah je.

sumber: Lobak merah

No comments:

Powered by Blogger.