Header Ads

‘Anak Perempuan Saya Memang Nampak Macam Bapuk, Tapi Kamu…’ – Jasmin Hamid Beri Amaran Tegas Netizen Keji Anaknya



Laman sosial seolah menjadi salah satu cara untuk berinteraksi dengan lebih ramai orang secara maya. Namun, ramai yang mengambil kesempatan berselindung disebalik papan kekunci untuk mengkritik sesiapa sahaja sehingga melampaui batas.

Pelakon otai, Jasmin Hamid meluahkan rasa kesal apabila anak angkatnya turut menjadi mangsa buli dilabel mempunyai rupa seperti pondan di Instagram.

Kutuk muka mak nyah




Jasmin memuatnaik komen yang ditinggalkan netizen wanita tersebut dan mengatakan akan menyekat pengguna tersebut dan mengambil tindakan sebelum ianya merebak menjadi wabak.

Kepada para manusia yang berhati hitam, hati-hati bila nak komen kerana segalanya akan dihisab kelak. Sudah pasti saya akan block dan ambil tindakan pada orang-orang seperti ini sebelum ia menjadi wabak dan merebak di laman sosial saya.

Kesian kepada pemilik account ni kerana penampilannya tak selari dengan akhlaknya, amat keji akhlaknya. Hanya menutup rambutnya tapi terlupa untuk menutup hati dan imannya.

Jangan pernah merasa sombong



Pelakon yang masih lagi aktif di kaca tv drama tempatan ini turut memberi peringatan kepada netizen terbabit mengenai perihal aib wanita itu yang masih tertutup. Tambahnya, mungkin wanita itu lebih cantik berbanding anak perempuannya itu namun hati wanita itu lebih busuk.

Mungkin paras rupa kamu jauh lebih cantik dari anak perempuan saya yang macam bapok bak kata kamu tapi hati kamu jauh lebih busuk. Jika Allah buka aib kamu, sudah pasti tidak ada sesiapa yang dekat dengan kamu.

Jangan pernah merasa sombong dengan kelebihan yang Allah berikan kepada kamu sehingga sanggup menghina orang lain. Terima kasih kerana kamu telah pindahkan pahalamu kepada anak perempuan saya. Kamu tidak tahu asal usul anak perempuan saya.

Bila kamu tahu, pastinya kamu akan menyesal seumur hidup kerana telah mencela anak yatim.

Anak angkat Jasmin yang dikenali sebagai Rohana atau Cicik dijaga oleh pelakon itu sejak Jasmin berumur 20 tahun. Selain Rohana, Jasmin juga mempunyai seorang anak angkat lain, Lukhman serta anak kandung, Ian Haziq.

Sumber: Jasmin Hamid via ohbulan.com

No comments:

Powered by Blogger.