Header Ads

Selepas viral isu penguatkuasa agama tiada adab ketika menjalankan tugas, Ini jawapan balas dari jabatan berkenaan



[Kenyataan rasmi daripada Bahagian Penguatkuasa Agama]

Nilai lah dengan adil dan saksama.
-ADMIN-

ASSALAMUALAIKUM WBT
VIRAL KES PENGUATKUASA AGAMA TIADA ADAB KETIKA PEMERIKSAAN DI LOKASI PANTAI SENOK BACHOK

Untuk Makluman tuan² dan puan² kaedah sesuatu tindakan pemeriksaan dilaksanakan oleh anggota penguatkuasa adalah mengikut garis panduan yg telah ditetapkan (SOP)

Dengan kuasa tauliah yang ada pihak penguatkuasa agama semasa pemeriksaan dibuat berhak bertanya sesiapa sahaja (jika menimbulkan keraguan) dan melakukan perbuatan spt contoh berdua²an berdekatan (rapat) atau berpegangan tangan di khalayak awam apatah lagi berc-umbu²an DAN JIKA gagal mengemukakan apa² dokumen perkahwinan adalah bersalah dan boleh dikenakan hukuman dibawah sek.5 kanun jenayah syariah iaitu melakukan perbuatan @ berkelakuan tidak sopan di khalayak awam membawa hukuman denda RM1000 @ 6 bln penjara

NAMUN jika dapat membuktikan status perkahwinan tersebut (tanpa keraguan) akan dinasihatkan shj supaya tidak berlebihan² didalam perbuatan dikhalayak awam walaupon status suami isteri (boleh rujuk drp jabatan mufti) dan tiada tindakan undang² diambil.

Termasuk kesalahan dibawah sek.5 juga ialah berkelakuan bertentangan hukum syarak iaitu berpakaian yg bertentangan dengan hukum syarak dengan mendedahkan aurat dikhalayak awam boleh membawa kpd hukuman yang sama.

Tuan² dan puan² dalam situasi ini semua org tidak mengiklankan/mengisytiharkan telah berkahwin @ tidak ketika berada dimana² lokasi sehingga menunjukkan dokumen bagi membuktikan telah berkahwin atau sebaliknya. Pihak penguatkuasa agama berhak bertanya dgn mengikut garis panduan yg ditetapkan (SOP).

Isu ini telah diviralkan kpd org ramai sehingga menimbulkan keaiban dan kegusaran masyarakat terhadap kredebiliti kepegawaian penguatkuasa agama tersebut dan seterusnya jabatan agama islam negeri kelantan.

~ Pasangan hanya diberikan nasihat
~ video tidak penuh dan hanya separuh (menimbulkan niat jahat)

Report polis dan report penguatkuasa agama dibuat untuk mengharmonikan keadaan.
_________ _____________ _____________

Seksyen 504 Kanun Keseksaan, dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan, yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Seksyen 233 (1) (b) Akta Komunikasi dan Multimedia di mana seseorang boleh didakwa kerana menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar, dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain.

Seksyen 27. Sesiapa yang mengengkar, melanggar, membantah atau mengeji mana-mana Qadhi atau Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Negeri atau Penyelia Agama sewaktu menjalankan tugasnya adalah bersalah dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

No comments:

Powered by Blogger.