Header Ads

Tiada keperluan lagi untuk isytihar darurat, pindah penduduk - Tun Mahathir



PASIR GUDANG: Perdana Menteri menegaskan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Pasir Gudang susulan pencemaran bahan kimia dan kerajaan tiada rancangan untuk memindahkan penduduk kawasan itu.



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau berpuas hati dengan cara pengendalian bencana itu dan mendapati semua pihak terbabit menjalankan tugas dengan baik.

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media selepas melawat mangsa-mangsa pencemaran sisa kimia di Hospital Sultan Ismail (HSI) hari ini. - NSTP/Hairul Anuar Rahim



Bercakap kepada pemberita selepas meninjau situasi di Pasir Gudang sebentar tadi, beliau berkata kerajaan juga akan menimbang keperluan memperuntukkan hukuman lebih berat terhadap kesalahan berkaitan alam sekitar.

Berita lanjut menyusul.

sumber : berita harian

No comments:

Powered by Blogger.