Header Ads

Nasi kerabu dipercayai boleh kurangkan masalah hilang ingatan dan keguguran rambut



Nasi kerabu adalah sejenis nasi ulam, dengan nasi bewarna biru yang sebut sahaja namanya, pasti semua dah terbang melayang-layang ke negeri yang popular dengan gelaran Serambi Mekah. Nasi kerabu adalah menu yang cukup sinonim dengan negeri Kelantan yang sering di sajikan untuk sarapan pagi, makan tengahari, atau sebagai hidangan keramaian .

Walaupun ada nasi kerabu bewarna kuning, nasi kerabu warna biru adalah satu kemestian dan warna biru ini adalah dari warna bunga telang yang direndam sebagai pewarna. Bunga telang yang digunakan untuk memberikan warna biru pada nasi kerabu juga dikenali sebagai butterfly-pea (Clitoria ternatea).

Warna Biru Pada Nasi Kerabu Mampu Kurangkan Masalah Hilang Ingatan



Menurut kajian Chemical composition and anti-proliferative properties of flowers of Clitoria Ternatea, terdapat banyak khasiat daripada bunga telang dan ia juga telah digunakan secara meluas dalam bidang perubatan, seperti untuk menyembuhkan pen--yakit. Antara khasiat-khasiat bunga telang adalah seperti berikut.

1 – Meningkatkan keupayaan berfikir dan mengurangkan masalah hilang ingatan. 2 – Melawan sakit cancr dan pertumbuhannya. 3 – Merawat keradangan dalaman dan pembengkakan tubuh. 4 – Merawat penyakit mata seperti ‘pink eye’ atau konjunktivitis. 5 – Menyembuhkan penyakit kulit dan sengatan serangga. 6 – Anti-penuaan



7 – Menyuburkan, menggalakkan pertumbuhan dan mengurangkan keguguran rambut. Adakah nasi kerabu makanan kegemaran anda? Walaupun penyediaan nasi kerabu agak rumit dan renyah sebab banyak nak disediakan, yang membuatkan ramai yang membelinya dari membuatnya sendiri di rumah. Selamat menjamu selera!

Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan.



Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit. Penggunaan daun atau herba na-dam dalam bahasa Siam menjadikan warna nasi hitam. Terdapat pelbagai variasi Nasi Kerabu yang berdasarkan kepada warnanya.

Terdapat Nasi Kerabu Kuning, Nasi Kerabu Putih, Nasi Kerabu Hitam dan Nasi Kerabu Biru. Nasi kerabu amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara. Ia juga sering dimakan bersama solok lada. Nasi kerabu juga enak di makan bersama keropok goreng.

No comments:

Powered by Blogger.